SYAHEED HOMESCHOOL

SYAHEED HOMESCHOOL

Salam dari Kekli, untuk ibu-ibu manis.

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Keli sangat berbesar hati untuk  berkongsi dengan awak, ibu-ibu di luar sana yang menitik berat dan mementingkan perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak. (Flip tudung sikit..)

Kekli kongsikan aktiviti yang Kekli buat bersama anak-anak syurga Kekli di blog ini. Alkisahnya, Syaheed Homeschool bermula pada tahun 2011, selepas kelahiran anak pertama Kekli, Amirah Syaheedah.

 

Syaheed Homeschool fanpage

Syaheed Homeschool bermula apabila Kekli mula berkongsi di page FB, Syaheed Homeschool-Malaysian Islamic Homeschool, pautannya di sini. (Dah masuk, jangan lupa sedeqah like 😉 ya). Ibu-ibu boleh berinteraksi dengan Kekli melalui message di page ini atau tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian.

Post pertama Kekli bertarikh 7 September 2011. Dan sehingga sekarang, sehingga anak ketiga, Kekli masih berkongsi aktiviti bersama anak-anak di sini.

Syaheed Homeschool

Sambutan dari ibubapa terutamanya para ibu sangat menggalakkan. Ada yang minta di rekodkan di blog supaya lebih jelas pelaksanaan dan untuk memudahkan rujukan dan rekod, tanpa perlu scroll down di FB. Jadi lahirlah Syaheed Homeschool di blog ini.

Kekli harap ibubapa mendapat manfaat dari perkongsian ini dan di ganjari pahala atas usaha yang sedikit ini dalam bekongsi tentang pendidikan anak-anak. Ibu-ibu rujuk ke bahagian Kategori dan cari post-post berkaitan Syaheed Homeschool di situ ya. 🙂

Lots of love, XOXO

Kekli, mak anak 3