4 bulan sebelum 2 tahun

4 bulan sebelum 2 tahun

8
SHARE

20 bulan tinggal 4 lagi

Satu benda yang akan buat mak2 bahagia ialah dapat menyusu penuh sampai 2 tahun. Pengalaman 2 orang anak sebelum ni sangat mematangkan keputusan dan menambah baik perjalanan menyusu anak ke 3.

Berbaki 4 bulan lagi sebelum terpenuhnya haq seorang anak. Moga Allah mudahkan sehingga habis tugas hormon prolaktin/ oksitosin dalam badan.

Ada ramai yang pm/ wa/call Kekli bertanyakan perihal penyusuan. Pamplet berkaitan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu telah diedarkan sejak 2012 di hospital2 dan klinik2 kerajaan dan masih diedarkan sehingga sekarang. Setiap minggu pasti Kekli ada terima soalan2 berkaitan penyusuan terutamanya dari first time mom. Mastitis, Inverted nipple, EBM, suplementation, back to work tips, breastpump, dan semua pasal bf lah

Bukan Kekli tiada cabaran, Kekli macam mak2 yang lain juga. Ada drama, ada nangis2 ada happy time bila express penuh 2 botol, ada drop sampai 2oz je tapi cabaran dan pengalaman itulah yang dikongsi bersama ibu2 lain. Semuanya sebab nak giving to others, berkongsi apa yang ada. Asbab nak dapat pahala tolong orang lain. Topup akaun akhirat. Kekli rasa selfish bila tak tolong ibu2 menyusu. Paling sedih bila nampak ibu2 bawak baby kecil pilih formula milk kat supermarket. Oh my!

Jadi, kalau ada sesiapa yang nak tanya pasal bf boleh tanya Kekli. Im a certified Lactation Counselor bawah KKM, paling tidak Kekli pernah menyusukan 3 orang anak. InsyaAllah if i cannot consult, ada ramai lagi dalam network kami. Panjangkan pada siapa yang perlukan konsultasi.

Tagging Suraya Ali, Faliyana Bt Muda, Noor Azurah Anuar, Fathin Md Nor, Cham Ali, ada ramai lagi

Keep calm and breastfeed.
Embrace the power of motherhood.

LEAVE A REPLY