Ukhuwwah 13 years and counting

Ukhuwwah 13 years and counting

13
SHARE

12 tahun yang lalu, Kekli masih ingat pertemuan pertama kami di surau Kolej Matrikulasi Perak. Yati, memang dari SAMBEST, budak sekolah agama. Jadi, memang sudah rutin untuk dia datang usrah dan duduk bersama dalam halaqah mendengarkan Al-Quran dan tazkirah.

Tapi Kekli bukan dari sekolah agama, malah rasanya diantara yang hadir Kekli sahaja yang bertudung bawal yang jarang.

Memang rasa rendah diri tu ada,

Tapi sebab nak berubah jadi yang lebih baik, Kekli konsisten hadir usrah, tazkirah dan program.

Yati dan kawan2 yang lain terus Kekli jadikan sahabat dan tempat rujukan. Dari situ, kami terus bersahabat sehingga sekarang kerana kami masih lagi dalam satu keluarga usrah yang sama.

Kekli cuma nak pesan,

Kekli belum cukup baik untuk berpesan tapi sebab Kekli nak pesan jugak terutamanya untuk adik2 yang baca post ni,

Untuk kita jadi baik dan istiqamah dengan kebaikan, kita perlu bersahabat dengan orang2 yang melakukan kebaikan, paling tidak yang mahukan kebaikan. Pilihlah dengan siapa kita berkawan kerana kawan memainkan peranan siapa kita 10-20 tahun akan datang.

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

Ada tak yang nak usrah dengan Kekli dan Kak Yati, Nor Hayati Ismail ?

————————————————-

Gambar diambil hari Ahad yang lalu, ketika sesi sembang2 Shaklee. Baru dua bulan join dah merasa bonus Shaklee, datang tu memang sungguh2 nak meroket dengan Shaklee la tu 😉

Kekli | www.vitecube.com

LEAVE A REPLY