Kuasa Prolaktin dan “Reverse Cycling”

Kuasa Prolaktin dan “Reverse Cycling”

23
SHARE

Ini Ammar Syahid yang handsome. Umurnya sekarang ialah 1 tahun 7 bulan, bermaksud sudah 19 bulan Kekli menyusukan Ammar sepenuhnya.

Alhamdulillah.

Ammar anak yang bertuah. Sangat bertuah. Dari kehamilan, Kekli berusaha jaga pemakanan sepanjang kehamilan, supplements intake, attend seminar and birth classes, as well as practise exercises routinely . I followed closely all the birthing blogs and pages. Kekli juga sempat ambil master semasa bekerja dan Ammar get all the stimulations to be a Petroleum Engineer dari dalam kandungan. Ehe.

Kekli juga sempat menunaikan umrah semasa Ammar 7bulan dalam kandungan. Nanti Kekli share tips umrah semasa mengandung.

Kekli lahirkan Ammar di dalam air (water birth) di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 3 Ramadhan tahun lepas. Alhamdulillah, I got my healing birth. Pengalaman yang mengujakan. Bestnya hanya Allah yang tahu, betul. Tak tipu. Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut tentang water birth, boleh pm Kekli k.

Kali ini Kekli bukan nak cerita pasal waterbirth, tapi Kekli nak cerita tentang kisah penyusuan Ammar selama 19 bulan Kekli menyusukan Ammar setakat hari ini.

Kekli ambil cuti tanpa gaji sehingga Ammar berumur 1 tahun 2 bulan. Selepas itu, Kekli kembali bekerja dan drama pun bermula….

Ammar refused EBM,

I knew I’m going to face this sebab masa training period memang Ammar tak nak EBM. Kalau abi yang bagi pun, dia memang tolak botol ke tepi.

Bermacam2 jenis botol dan puting Kekli beli, Ammar bukan tak pandai menghisap malah boleh minum menggunakan straw.

Ammar memang tak mahu EBM.

Kekli masih cool ke office. Buat2 cool.

Satu, sebab Ammar sudah boleh makan dan minum. Kekli bekalkan Ammar dengan makanan dan susu badam/ jus/ air kosong sebagai pelengkap susu ibu.

Kedua, sebagai Kaunselor Laktasi Kekli pernah belajar tentang “Reverse Cycling” dimana bayi tend to breastfeed more often during the nights. Reverse cycling berlaku bila ibu dan anak berjauhan kerika siang hari tetapi bersama semula ketika petang/ malam. Bayi hanya minum sedikit ketika siang hari untuk melepaskan dahaga but then spends the evening nursing non-stop and wakes several times throughout the night to nurse.This pattern shows a strong mother-baby attachment. Rather than a behavior in need of correction, it is, in fact, the key to keeping up a strong milk supply after returning to work.

prolaktin-vitecube

Semua ini dibantu oleh hormon prolaktin, hormon yang menghasilkan susu yang menyesuaikan fungsinya mengikut supply and demand concept dalam penyusuan. Hormon prolaktin adalah tinggi dihasilkan semasa waktu malam.

Hormon prolaktin dibantu dengan hormon oksitoksin, hormon yang mengeluarkan susu (let down reflex) yang hanya akan dikeluarkan bila ibu tenang dan tidak stress. Jadi, penting untuk ibu tenang ketika journey penyusuan.

Alhamdulillah, Ammar masih menyusu seperti biasa dan lebih kerap sepanjang malam. Doakan sehingga cukup 2 tahun dan lebih 😉

Apabila ibu tenang dan faham tentang penyusuan, insyAllah kita boleh melalui journey ini dengan jayanya. Biizdnillah,

Trust your body, Allah has created you with the power to make milk. Embrace the powerful journey of motherhood.

Kekli,
Mak anak 3
www.vitecube.com

LEAVE A REPLY