Isu di sebalik Pretzel Dog dan JAKIM

Isu di sebalik Pretzel Dog dan JAKIM

329
SHARE

Sehari dua ini, heboh tentang isu halal Auntie Anne’s di Facebook. Saya sempat audit trails apa yang berlaku dan cuba menjelaskan dapatan saya disini.

Apa isu utama?

1) JAKIM meminta Auntie Anne’s untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen.
2) JAKIM meminta Auntie Anne’s untuk membuat permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit.
3) JAKIM meminta Auntie Anne’s menukar nama ‘Pretzel Dog’ kepada nama yang lebih sesuai.

 

Dan rakyat Malaysia  sehari dua ini sibuk  menganjing JAKIM dek kerana sebab ketiga ini. Ini disebabkan headline yang dipropagandakan media liberal ini,

isu-halal-auntie-annes

 

Tambah menyedihkan ada sebilangan Muslim Malaysia sendiri tidak menyebelahi institusi  berautoriti JAKIM yang berusaha keras memastikan produk yang dipasarkan di Malaysia mendapat taraf Halal yang mengikut syariat Islam.
Ada 3 sebab, dan kita hanya fokus satu sahaja tanpa cuba memahami isu yang sebenar.

Kita sibuk memerli JAKIM dengan menaikkan nama-nama cucur badak, siput babi dan tahi itik.

auntie-annes
Auntie Anne’s ni, asalnya dari United States of America. Datangnya dari negara barat yang makanannya boleh dicampur dengan bahan yang tidak halal bila-bila masa sahaja dalam setiap makanannya. Apabila makanan-makanan mereka tiba di negara kita, kita perlu siapkan makanan tersebut dengan cara yang halal. Halal bukan sekadar pembuatan, malah, halal dari sudut imej termasuk nama makanan. Nama Pretzel Dog, yang datangnya dari USA, akan menimbulkan sedikit keraguan kepada beberapa rakyat Malaysia. Jangan terkejut, ya, ada orang akan ragu-ragu. Kawan saya pernah bertanya kepada saya, kasut jenama Hush Puppies dibuat dari apa?

Nama anjing ada di dalam makanan dari USA, akan menimbulkan sedikit rasa ragu, dan demi mengelakkannya, JAKIM perlu meminta nama itu ditukar. Itu sahaja.

Malah penukaran nama ini bukanlah satu-satunya sebab Auntie Anne tak dapat sijil Halal. Ia hanya salah satu dari dua lagi sebab besar yang lebih diperlukan bagi memudahkan proses pemeriksaan pada masa akan datang.
Tetapi, disebabkan media yang besar-besarkan cerita tentang perkara yang menampakkan kebodohan JAKIM, kita pun sekali berdansa meraikan kebodohan yang dicipta oleh media liberal ini.
Saya sangat sedih dengan isu ini.
Kalau dalam keluarga, ada ahli keluarga yang dituduh mencuri, kita sebagai ahli keluarga akan sedaya-upaya berbaik sangka dan menyebelahi keluarga kita tu sehinggalah terbukti benar. Benda itu jugalah yang perlu kita buat apabila orang JAKIM dituduh baghal dan bodoh dalam isu Auntie Anne’s ini. Kita sedaya-upaya hendak berbaik sangka, selidik berita  dan sampaikan kebenaran kepada orang lain untuk menyebelahi JAKIM.

 

Saya sertakan maklumbalas QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne’s Malaysia, Farhatul Kamilah. 

[Isu Status Halal Auntie Anne’s]

Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne’s Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

“Permohonan halal Auntie Anne’s (HALAL-20160627) ditolak JAKIM”

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya 🙂

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya 🙂

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

 

halal-jakim

JAKIM dan taraf halal

Ada yang melihat syarat pensijilan halal JAKIM sebagai polisi primitif, kelakar atau kurang cerdik. Melihat dari sudut lain, polisi ini menunjukkan keseriusan JAKIM, teliti dan stringent (ketat) dari segi prosedur pensijilan, walau melibatkan aspek sekecil penjenamaan produk, demi kemaslahatan umum.

 

Naratif atau stereotaip bahawa autoriti agama bersifat ‘menindas’ dan ‘kolot’ sekian lama dibina melalui pelaporan media online popular. Isu syarat penjenamaan ini sekadar mengesahkan persepsi negatif yang sedia ada. Ini dinamakan ‘confirmation bias’.

 

Sudut pandang yang dipilih bergantung sama ada kita bersikap sinis dan skeptikal terhadap institusi agama, atau sebaliknya. Pilih bacaan anda.

 

Suhaily Johari,

bukan pembaca media liberal.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY