Adakah lithotomy posisi kelahiran terbaik?

Adakah lithotomy posisi kelahiran terbaik?

30
SHARE

SEJARAH POSISI BERSALIN
Tamadun awal manusia mencatatkan semua kelahiran ibu-ibu terdahulu adalah dalam posisi mesra gravity atau dalam erti kata lain ‘upright position’.
Kesemua patung, ilustrasi atau gambar yang dihasilkan sejak tamadun Mesopotomia lagi mengukilkan wanita melahirkan dalam keadaan ‘upright position’.
Antara contoh :

1) Mencangkung

2) Separa duduk memaut

3) Duduk di kerusi atau ‘birth stool’

4) Berlutut

5) Merangkak ( all four)

6) Duduk tegak

7) Semi bersandar

8) Semi berbaring

9) Berdiri

Dan ada banyak lagi. Cuma yang pasti tiada ditunjukkan posisi baring terletang (lithotomy). Bahkan jauh sekali posisi baring terlentang sambil kaki di ikat ke atas ( dorsal lithotomy)

posisi-kelahiran-mesir
Ukiran batu di zaman purba Mesir menunjukkan posisi kelahiran mencangkung

Patung dari India menunjukkan posisi kelahiran berdiri
Patung dari India menunjukkan posisi kelahiran berdiri
Lalu Mengapa di Zaman Moden ini posisi TIADA DALAM SEJARAH TAMADUN ini digunakan dikebanyakan hospital?
Sejarah LITHOTOMY bermula pada pertengahan tahun 1600 oleh seorang Doktor bernama Mauriceau di US. Beliau kehilangan salah seorang ahli keluarga setelah mengalami komplikasi semasa melahirkan. Semenjak itu beliau mencatatkan semua kelahiran perlu di lihat secara jelas oleh Doctor/ Obygyn. Justeru posisi lithotomy di rasakan paling mesra perawat.


Walaubagaimanapun posisi ini sentiasa menjadi kontroversi terutama di UK yang lebih memilih posisi mesra graviti.
Posisi berbaring terlentang akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah utama yang mengarah pada rahim, berpotensi menyebabkan aliran darah terbatas pada bayi.
Bahkan jika ditanya pada ibu-ibu yang sarat mengandung terutama 8 bulan ke atas, adakah sakit mereka baring terlentang? Sudah pasti jawapan mereka YA.
Selain itu posisi lithotomy ini menyebabkan bayi ibu perlu meneran dengan kuat untuk mengeluarkan bayi.

Apa yang merisaukan ialah posisi kelahiran lithotomy  boleh meningkatkan risiko unnecessary medical intervention & membuatkan ibu lebih stress & panik. Implikasi kepada ibu yang tidak mempunyai tenaga yang banyak adalah perineum mereka akan digunting ( episiotomy) atau lebih malang lagi bayi perlu di vacuum, forcep.
Berapa ramai ibu yg berisiko rendah tetapi bila masuk labour room, mengalami pelbagai komplikasi dan berakhir dengan pembedahan?

Berikut disenaraikan 10 sebab ibu2 perlu menolak lithotomy dan memilih posisi kelahiran pro-graviti yang lain.
10 sebab utk tolak lithotomy:
1. Posisi lithotomy mengecilkan ruangan pelvis sehingga 20-30% berbanding posisi lain seperti mencangkung. Ini bermakna bayi susah untuk bergerak keluar dan ibu perlu menggunakan lebih tenaga untuk meneran bayi.
2. Saluran peranakan utk bayi keluar melengkung ke atas apabila posisi baring terlentang, jadi ibu meneran melawan graviti.
3.Meningkatkan risiko assisted birth (forceps, episiotomi dan vacuum.)
4. Menghalang dan menekan salur darah, maksudnya ibu & bayi tidak menerima jumlah darah & oksigen yg optimum. Ini yg membuatkan bayi berisiko utk mengalami bradycardia (low heartbeat.)
5. Proses bersalin menjadi lebih lama & panjang & meletihkan (kerana badan terpaksa bekerja lebih keras untuk mengeluarkan bayi)
6. Posisi baring membuatkan ibu tidak selesa & lebih sakit.
7. Jika bayi berada dalam non-optimal position (such as posterior), bayi sukar utk bergerak ke posisi yg lebih sesuai/elok kerana ibu dlm posisi lithotomy.
8. Meningkatkan risiko kecederaan pelvic, spinal & saraf atau kesakitan berpanjangan selepas bersalin.
9. Membawa kepada further intervention kerana perawat merasakan proses kelahiran perlahan atau stalled. (Failure to progress)
10. Ibu merasa lebih tertekan & kurang kawalan akibat tekanan yg diberikan oleh perawat semasa proses bersalin.

 

Jadi, apakah posisi kelahiran terbaik?

Saya akan ceritakan pengalaman saya sendiri trauma dengan kelahiran pertama dan kedua, melahirkan secara posisi lithotomy dan bagaimana saya memilih untuk bersalin di dalam air untuk kelahiran ketiga.

Nantikan artikel saya seterusnya. 🙂

 


 

LEAVE A REPLY