Buat slime tanpa borax – syaheedhomeschool

Buat slime tanpa borax – syaheedhomeschool

238
SHARE

Assalamualaikum, untuk entri kali ni Ely nak berkongsi dengan mak2 Kat luar sana tu satu lagi aktiviti menarik untuk di lakukan bersama anak2. Ely jamin aktiviti ini tak Pakai banyak masa mak2, paling mudah, paling murah, yang pasti anak2 get entertained berjam-jam lamanya.

Korang pernah dengar slime/ oobleck/flubber/goo ? Semua ni benda yang sama cuma resepi yang berbeza ikut kesesuaian Kita.

Tapi harini Ely nak ajar korang resepi slime yang paling mudah kat dunia!

Pakai 2 bahan sahaja.

Cecair Detergent dan gam sahaja.

Pewarna makanan suka hati nak letak atau tidak. 
Pastikan korang pakai bekas yang tak digunakan lagi. Kami pakai Popsicle stick untuk kacau bahan2 tu nanti supaya Boleh terus buang lepas guna.

Cara- cara membuat slime

Langkah 1. Tuang 3 sudu gam ke dalam bekas


Langkah 2. Letak kan beberapa titik pewarna makanan dan kacau rata. ( Dalam gambar tu, bukan beberapa titik, mak2 layankan sahaja anak2 buat)


Langkah 3  Tuang cecair detergen dalam 3 sudu.


Langkah 4. Kacau sehingga sebati

Langkah 5  Tadaaaaa, dah jadi slime!

Senang kan?  Selain sesuatu yang menyeronokkan untuk anak2, slime sebenarnya membantu memberi ransangan sensori kepada anak2.

Anak2 belajar kira-kira dengan membuat sukatan bahan-bahan. Mereka akan belajar sebab dan akibat jika sukatan terkurang atau terlebih.

Slime merangsang deria anak-anak
Slime meramsang kreativiti anak-anak

Nak tengok apa lagi anak saya buat dengan slime ni?

Best tak? Selamat mencuba!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY