Daging Korban dan Kolestrol Jahat,

Daging Korban dan Kolestrol Jahat,

37
SHARE

Apabila tibanya Hari Raya Aidiladha, maka akan berlakulah ibadat qurban hingga hari2 Tasyrik. Lembu, kambing, kibas, unta akan berlumba2 disembelih oleh umat Islam bagi merebut pahala.

Daging2 ini kesemuanya adalah daging merah (red meat). Daging merah adalah daging yg berwarna merah ketika mentah. Ia merah kerana mempunyai kandungan myoglobin yang tinggi di dalam dagingnya.

Malangnya, daging merah diketahui mempunyai risiko menaikkan tahap kolestrol dalam badan akibat kandungan lemak tepunya yang tinggi. Ini seterusnya meningkatkan masalah jantung dan penyakit kardiovaskular yang lain. Kaitan antara pemakanan daging merah dan penyakit kardiovaskular adalah menghampiri tahap mutawatir dalam ilmu sains perubatan berdasarkan hasil kajian berskala raksasa yg dilakukan oleh para saintis seluruh dunia.

Justeru itu, apakah pemakanan daging merah perlu dielakkan sama sekali? Daging merah mempunyai kandungan zat besi dan protein yang tinggi yang semestinya mempunyai manfaat pada badan juga.

Namun sumber protein boleh juga diperolehi dalam daging putih (white meat) seperti daging ayam dan ikan serta kekacang. Daging ayam dan ikan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah dan oleh itu kandungan kolestrolnya juga adalah minima. Malah sesetengah ikan mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Di dalam musim Qurban sekarang ini, apakah daging2 qurban perlu dielakkan sama sekali?
Bukankah ia menyelisihi sunnah?
Sebenarnya, kunci bagi persoalan ini adalah terletak pada petua para ulamak, “makanlah sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang”. Islam menyuruh kita mengamalkan konsep wasatiyyah yakni bersederhana. Apa jua makanan jika dimakan pada kuantiti yg berlebihan sudah semestinya membawa mudarat dan menjadi racun kepada badan.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam;
اَلْمُؤْمِنُ يَأكُلُ فِي مِعً وَاحِدٍ، وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِيْ سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

“Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus”

[HR Al-Bukhari (no. 5393), Muslim (no. 2060] dan yang lainnya dari Sahabat Ibnu Umar, juga terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Abu Musa.

Hadis ini tidak menunjukkan pada jumlah usus yang tujuh pada orang kafir namun adalah permisalan (majaz) sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Al-Qaadhi Iyadh (yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (XXIII/24), cet. Daar Ibnu Haitsam) bahawa hadis ini untuk menggambarkan bahawa orang kafir itu makan dan minumnya banyak, sedangkan orang mukmin adalah sederhana dalam makan dan minum. Lihat lengkapnya di Fathul Baari (IX/536-540)]

Oleh itu, apakah kuantiti pemakanan daging merah yg selamat dan sederhana bagi kita semua?

Jawapan bagi persoalan ini dijawab oleh Allah sendiri di dalam Al Quran.

“فسألو اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون” – (Al-Anbiya, 21:7)

Yg bermaksud, “Bertanyalah kpd yg mengetahui (ahli dlm sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”

Sudah semestinya bagi menjawab perkara ini mestilah terdiri daripada para doktor, pakar pemakanan dan para saintis yg mengkajinya secara mendalam.

Maka rumusan rekomendasi kuantiti dan cara pemakanan daging merah yg selamat adalah seperti berikut:

1. Total pemakanan daging tanpa lemak (lean meat), atau ayam (tanpa kulit) berkadaran saiz dua kotak mancis untuk hidangan makan tengahari dan makan malam sehari.
2. Ambil ikan (terutamanya yg kaya dengan omega 3 sekurang2nya 2 kali setiap minggu).
3. Ambil juga sumber protein lain seperti telur dan susu rendah lemak, protein dari sumber tumbuhan seperti tauhu, kekacang yang juga kaya dengan protein dan serat dalam hidangan seharian.
4. Pilih potongan bahagian daging yang kurang lemak tepu (lean cut meats) seperti daging batang pinang. Kebanyakan daging jenis ini (lean cuts) mempunyai perkataan “loin” padanya seperti sirloin, terderloin, rounds dan sebagainya.
5. Buang seberapa banyak lemak apabila memotong dan memasak daging. Juga buang lemak yg cair selepas memasak.
6. Elakkan mengambil organ dalaman seperti hati,limpa, otak yang tinggi kandungan kolesterolnya.
7. Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang (grill), menyalai (broil), merenih (stew) dan kurangkan penggunaan minyak semasa memasak.
8. Bekukan atau sejukkan sup/stew daging sebentar di dalam peti untuk memastikan lemaknya membeku di bahagian atas. Keluarkan lemak yang mengeras sebelum dipanaskan untuk dihidangkan.
Tips lain – lalukan senduk besi berisi ais batu di permukaan sup atau stew tadi. Lemak di permukaan sup tadi akan melekat di bahagian bawah senduk besi tadi. Lapkan minyak tadi dengan tisu atau basuh dengan air senduk tadi.

Ada satu lagi tips yang dikongsikan oleh lelaki ini, beliau berjaya sembuh dari hypertensi dan merendahkan kolestrol jahat. Jom lihat apa yang beliau buat,

Saya ringkaskan apa yang beliau buat sampai hilang 17kg dan 3 bulan dan bacaan kolestrol telah menurun

  1. Ubah cara hidup, tidur awal dan kurangkan stress
  2. Melakukan senaman 30 minit sehari secara konsisten setiap     hari
  3. Ambil suplemen Shaklee- Omega Guard, Vita-C, Garlic         Complex, Phytocol, CO-Q Health, BComplex

set-kolestrol-shaklee

Bagaimana Set Kolestrol Shaklee bertindak membantu menurunkan paras kolestrol dengan cepat?

1. Pengambilan Supplemen Phytocol-ST Mencegah Penyerapan Kolestrol ‘Jahat’

Agak susah bagi kita rakyat Malaysia untuk berpantang dalam pengambilan makanan seperti yang dicadangkan. Namun, kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kita kepada menu sihat yang dicadangkan. Pengambilan supplemen yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.

Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Namun adakah kita mampu dan cukup berdisiplin untuk mengambil jumlah yang diperlukan tubuh seperti dalam ilustrasi di bawah?

phytocol-vitecube

Phytocol-ST Shaklee adalah 100 peratus semulajadi dan dirumus khas dengan ramuan terpilih secara klinikak untuk menghindar penyerapan kolestrol dalam tubuh sekaligus mengawal paras kolestrol.

Perbezaan Phytocol-ST Shaklee ini adalah:

  • Ianya dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
  • Disamping itu ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia.
  • Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
  • Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Ianya HALAL, TAK MENGANDUNGI PERASA, PEMANIS DAN BAHAN PENGAWET.

Nak kena makan semua kat atas ke? Boleh makan Phytocol je?

Baca lanjut disini.

 

Kongsikan jika bermanfaat.
Nota: Rekomendasi pemakanan dipetik dan diolah dari American Heart Association (AHA).

LEAVE A REPLY