(Video) Perut ibu Kempis berpantang dengan Alfalfa Complex dan Set Bersalin Shaklee

(Video) Perut ibu Kempis berpantang dengan Alfalfa Complex dan Set Bersalin Shaklee

63
SHARE

Tahniah kerana baru sahaja selamat melahirkan bayi comel,

Anda baru sahaja memasuki trimester ke empat bersama si manja. Fasa pengenalan ibu dan anak.

Teringat semasa melahirkan anak sulung 7 tahun lalu, saya terlupa nak salin pampers anak buat pertama kali sehingga keesokan paginya. Amirah dah poo-poo meconium dari malam semalam. Itu lah kali pertama saya menyalinkan pampers untuk anak saya. Lepas tu, dah tak terlupa dah 😉
Mujur tak naik ruam.

Dah cerita pada Amirah pada hari jadi dia yang ke -7, umi mintak maaf sebab terlupa. Hihi

Apa cerita berpantang korang?

Ni tips untuk mak2 berpantang ;

TIPS BERPANTANG

1. Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.

*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.

*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.

2. Jaga pemakanan

*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.

*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.

*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.

3. Amalkan mandian air rebusan herba

*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.

4. Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

5. Bertungku

*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

6. Menyapu pilis

*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

7. Minum jamu

*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin. Anda boleh mencuba Alfalfa Shaklee. Selain menambahkan susu, alfalfa membantu untuk kembali slim selepas bersalin.

Ibu ini berkongsi pengalaman berpantang dengan Alfalfa Complex dan mengadu perutnya kempis selepas habis pantang,

 

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Kenali Tumbuhan Alfalfa

 

Alfalfa Complex sebenarnya bukanlah produk baru. In fact Alfalfa dah dibangunkan oleh Dr. C Forrest Shaklee sejak tahun 1950an dan merupakan satu produk Formulasi Signature Shaklee.  Alfalfa dikenali sebagai ‘Raja Segala Tumbuhan’ kerana khasiatnya yang kaya dengan segala nutrien.  Medicago sativa adalah Alfalfa bergred paling tinggi dalam kumpulan tumbuhan ini.

Alfalfa diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. Tumbuhan ini ambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi. Nama Alfalfa ni ada disebut dalam Al-Quran tau.

Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tak penting dilupuskan. Alfalfa telah digunakan sejak lebih 1500 tahun dulu.

Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral antaranya:

  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin U (S-methylmethionine)
  • Vitamin B6
  • Vitamin K
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Mangan
  • Potassium
  • Fosforus
  • Klorin
  • Sodium
  • Silikon magnesium

 

Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa Complex

 

1. Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat kalian – Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

2. Mencuci hati, darah dan usus – Merupakan agen detoksifikasi. Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

3. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (Athletes’s foot) dengan berkesan.

4. Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

5. Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

6. Melawan tumor – Untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

7. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

8. Mencegah dan memperbaiki Arthritis – Memperbaiki sakit akibat Arthritis.

9. Membantu memelihara dan penjagaan kesihatan dalaman wanita – Alfalfa membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki sistem reproduktif wanita. Secara tak langsung ianya baik untuk kesihatan rahim dan kesuburan. Dalam masa sama boleh membantu mengurangkan masalah keputihan dan vagina berbau. Alfalfa juga boleh meningkatkan libido wanita kerana sifatnya yang estrogenic.

10. Menggalakkan penghasilan susu ibu – Sejak sekian lama Alfalfa diamalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu ataupun sebagai milk booster. Ini kerana sifat Alfalfa sebagai tumbuhan yang galactogouge.

Ada banyak lagi kebaikan dan manfaat Alfalfa untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan antaranya:

  • Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
  • Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
  • Untuk atasi masalah badan dan ketiak berbau
  • Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst dikalangan wanita
  • Untuk kecantikan kulit dan jerawat
  • Untuk allergy, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
  • Untuk gastrik dan perut sensitif
  • Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
  • Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
  • Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan tanda asid tinggi dalam tubuh
  • Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
  • Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
  • Baik untuk menghadapi menopause
  • Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien
  • Dan banyak lagi

Siapa Tak Boleh Ambil Alfalfa Complex

 

Alfalfa Complex boleh diambil oleh pelbagai golongan tapi sebahagian orang tak boleh ataupun tak digalakkan ambil Alfalfa disebabkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Antaranya:

  1. Penghidap penyakit Systemic Lupus Erythomatosus (SLE)
  2. Penghidap hyperthyroid
  3. Penghidap Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – perlu ambil dengan nasihat doktor
  4. Dan lain-lain

Sebaiknya sebelum mengambil apa-apa vitamin, dapatkan kepastian dan nasihat daripada doktor masing-masing samada sesuai ambil Alfalfa ataupun vitamin-vitamin lain. Setiap individu juga perlulah arif dengan keadaan kesihatan diri sendiri dan penyakit yang dihidapi supaya supplement yang diambil adalah bersesuaian dengan tahap kesihatan.

Set-Set Vitamin  Yang Mengandungi Alfalfa

 

Disebabkan Alfalfa ni kaya dengan pelbagai manfaat, jadi ada banyak set vitamin yang boleh dikombinasikan dengan Alfalfa contohnya:

  1. Set Sugar Control (Untuk penghidap kencing manis/ diabetes)
  2. Set Pelangsingan
  3. Set Healthy Circulatory (Untuk kesihatan kardiovaskular)
  4. Set Asthma/ Allergy/ Eczema
  5. Set Jerawat
  6. Set Kecantikan Kulit
  7. Set Penyusuan (Untuk milk booster)
  8. Set Bersalin (Untuk ibu berpantang)
  9. Dan lain-lain.

 

Cara Pengambilan Alfalfa Complex

 

Alfalfa Complex boleh diambil ikut keselesaan dan keadaan kesihatan individu iaitu antara 2 biji hingga 10 biji sehari. Tetapi sebaiknya dapatkan konsultasi eksklusif daripada pengedar Shaklee anda supaya anda boleh dapat nasihat dan cara pengambilan yang sesuai dan tepat untuk anda. Sebab cara makan antara individu mungkin berbeza ikut keperluan. Dan cara makan juga ada pelbagai, mengikut nasihat pengedar masing-masing.

Alfalfa boleh diambil selepas makan ataupun sebelum makan mengikut tujuan pengambilan. Boleh telan ataupun dihancurkan dalam air untuk dijadikan teh herba sebelum diminum. Sebaiknya ambil bersama air kosong dan elakkan ambil bersama produk tenusu. Jika anda amalkan Alfalfa, elakkan pengambilan serentak ataupun jarakkan pengambilan Vitamin E, GLA Complex dan Ostematrix untuk fungsi vitamin yang lebih berkesan.

Tablet Alfalfa ni tak pahit dan tak busuk. Jangan risau susah nak telan sebab tabletnya memang dah direka khas untuk mudah ditelan jadi anda takkan rasa terseksa pun InsyaAllah. Bukannya macam jamu nenek moyang kita dulu-dulu. Orang dulu-dulu minum ubat periuk dan makjun segala. Memang kembang tekak nak makan.

Harga Alfalfa Complex Shaklee

 

Jadi, berapa pula harga super food ni? Maklumlah kan 1001 kegunaan mahal ke? 😀 Tapi jangan risau, anda pun boleh cuba Alfalfa Complex ni dengan harga yang lebih daripada mampu milik! Alfalfa Complex Shaklee terdiri daripada 2 saiz:

  1. Large (700 tablets) RM97.50
  2. Small (330 tablets) RM53.75

Murah sangat kan? Silalah percaya! Boleh beli untuk family sorang satu botol. Tapi, ahli Shaklee berdaftar mestilah boleh beli dengan harga ahli. Hubungi saya untuk harga menarik!

Awas! 80% Penyakit Bermula Daripada Perut

 

Kalau anda baru ada kesedaran nak mula jaga kesihatan dengan amalkan makan supplement, saya recommend sangat mulakan dengan Alfalfa Complex. Sebab Alfalfa akan cuci usus dan kekotoran dalam badan. Kemudian barulah segala zat dan nutrien yang kita makan akan terserap dengan baik dalam badan dan tubuh boleh berfungsi dengan baik.

Bayangkan longkang yang kotor dan tersumbat, kita boleh cuci dengan berus. Tapi macam mana pula dengan usus? Jadi inilah fungsi Alfalfa ni. Pentingnya detoksifikasi ni sebab 80% penyakit adalah bermula daripada perut. Sebab tu kita kena jaga kebersihan usus perut supaya segala toksin dan lendir kotoran yang melekat pada usus dapat dibuang keluar.

Saya boleh nasihatkan dan beri cadangan vitamin yang bersesuaian mengikut masalah dan keadaan kesihatan anda. Sebab saya faham memang banyak makanan tambahan dipasaran. Nak mula makan yang mana satu dulu pun tak tau kan. Jadi boleh mulakan dengan Alfalfa dan kemudian tambah satu persatu ikut target dan tujuan masing-masing.

Memang best sangat Alfalfa ni. Sepanjang saya sendiri amal, memang badan rasa ringan dan perut rasa kempis. Kurang allergy dan jarang sakit pun ye juga. Alhamdulillah. Boleh cepat hubungi saya untuk rasa sendiri khasiat jamu moden ni. Semestinya konsultasi percuma dan berterusan daripada saya.

KLIK link dibawah untuk terus membuat pembelian dan pembayaran secara online melalui sistem eSell Shaklee.

beli-sekarang

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya ingin sangat membantu anda, add saya di FACEBOOK Suhaily Johari

img_4792.jpg

*Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, mohon dapatkan konsultasi doktor bertauliah.

LEAVE A REPLY